Sunday 16 June 2013

Suamiku orang Tabligh...

Cerpen ni di tujukan pada  mereka yang masih tidak memahami usaha dakwah dan tabligh ni..:)

                              ***********************************


Eja merenung jauh di balik tirai jendela rumahnya. Permandangan di luar rumah sungguh mendamaikan. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menempatkan dirinya tinggal di kawasan kampung..baginya kehidupan di kampung lebih tenang berbanding hiruk pikuk kehidupan di bandar. Tiba-tiba hatinya merasa sebak. Tika ini dia bersendirian di rumah mengenangkan suaminya yg sedang khuruj ke jalan Allah selama 3 hari.

                              ***********************************

“Eja,mak ada berita nak sampaikan kat Eja ni..” beritahu mak  suatu hari di waktu kami sedang bersarapan.
“Apa dia mak,lain macam jer bunyinya..”Eja memandang wajah ibunya. Sejak ayahnya meninggal,ibunyalah tempat dia mencurahkan kasih sayang dan bergantung harap. Sayangnya dia pada ibunya tidak bertepi. Dia sanggup bersusah payah demi melihat ibunya gembira.
“Semalam,masa kamu pergi tadika,ada Badrul dan ibubapanya datang jumpa mak. Dia nak merisik kamu. Kalau kamu terima,3 bulan lagi majlis perkahwinan dan nikah akan dijalankan”beritahu mak lagi.
Hah!..Badrul anak pak Hashim tu ke mak. Yang keje kat kilang hujung kampung kita tuh?”Eja agak terkejut bercampur teruja.
“Ha’ah..dialah.sapa lagi..”
Hati Eja berbunga. Dia sebenarnya memang menaruh hati pada Badrul. Badrul,seorang pemuda lulusan kejuruteraan dari UTM. Bekerja sebagai jurutera di kilang kampung ini,berwatakan sederhana,berkopiah sentiasa di kepala dengan janggut yang sejemput, berpakaian kurta dan berseluar slack, mencerminkan identiti islamiknya. Manakala Eja gadis kampung lulusan STPM,dan bekerja sebagai guru tadika berdekatan rumahnya. Apapun dia seorang yang memelihara diri dan maruah. Menutup aurat yang sempurna seperti mana yang disyariatkan Allah. Sudah tentu dengan niali-nilai Islam yang diterapkan ibu padanya menyebabkan hidupnya terpelihara dari perkara-perkara yang tidak baik.
“Arghh..alangkah gembiranya seandainya aku dapat memiliki Si Badrul.”bisik hati kecil Eja.
“Heh Eja,dengar tak apa mak cakap ni!.”sergah mak selepas melihat aku mengelamun seketika.
“Aah..aa..dengar mak. Ala mak ni,ikut makla. Kalau mak tarima,Ejapun terima juga. Mana yang baik bagi mak,baikla juga bagi Eja.”Eja tersenyum penuh makna memandang wajah ibunya.


                                 ****************************

“Eja sayang. Eja gembira tak kita dah jadi suami isteri.” soal Badrul sebaik mereka sah menjadi suami isteri.
“Mestilah gembira. Lelaki idaman yang Eja impikan menjadi kenyataan.”jawab Eja tersipu malu.
“Sebenarnya  Eja pun wanita pujaan abang. Bila pertama kali jumpa Eja,hati abang berdegup kencang. Apatah lagi bila lihat Eja pergi tadika perpakaian jubah dan bertudung labuh. Sejuk hati melihatnya.”bagitahu Badrul berterus terang pada isterinya.
“Yeker..tima kasih bang. Eja harap abang sudi bimbing diri Eja ni jadi isteri dan wanita solehah” jawab Eja.
“InsyaAllah sayang. Bukanke dalam al-Quran ada kata  wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat”
Eja tersenyum memandang wajah suaminya..hatinya kini sudah dimiliki oleh insan yang didambakan selama ini.

                                 *********************


Pulang dari kerja,Eja menyambut Badrul dengan bersalam dan mencium tangan suaminya dengan hati yang gembira. Dia menatap wajah suaminya yang agak kepenatan.
“Banyak kerja  ke bang,letih jer nampaknya..”tanya Eja pada suaminya.
“A’ah sayang. Keje kat kilang tu melambak-lambak. Lagi pula,kilang abang bulan depan kena shutdown.lagila sibuk”jelas Badrul semula.
“Oh..gituker..”Eja tersenyum memandang suaminya.
Setelah menukar pakaian, mereka berdua menikmati minuman petang. Erm,air kopi habbatussauda’ dengan kuih karipap.
“Sedap kuih ni,pandai Eja buat yek. Kalau makan sedap-sedap camni..gemukla abang”
“Ala abang  ni..biasa je kuih tu..pandai-pandai je abang ni” Eja mencubit lengan suaminye kerana usikan itu.
“ Ni abang nak bagitahu ni,esok abang nak kuar 3 hari tau.”
“Esok ke bang?.kalu tak kuar tak bleh ke..sunyilah Eja abang takde 3 hari ni” Saja Eja bertanya begitu. Dia memang tahu,sejak berkahwin dengan Badrul,setiap bulan memang wajib suaminya keluar dakwah selama 3 hari.
“Yelah sayang..dah lupaker?”
“Ermm..ingatlaa..saja jer tanya,”
Sebenarnya Eja berat hati nak bagi suaminya keluar. Usia perkahwinan mereka baru 4 bln. Seharusnya waktu yang ada dihabiskan bersama-sama kerana mereka berdua masih dalam proses mengenali antara satu dengan lain. Dia sendiri pun masih tak faham dengan usaha  dakwah dan tabligh. Hatinya sedikit memberontak bila mengetahui Badrul terlibat dlm usaha ini..Apatah lagi  rata-rata kawannya memandang negatif dengan usaha tabligh ni.
            Memang dia akui Badrul seorang suami yang taat pada perintahNya. Solah lima waktu berjemaah di masjid adalah wajib baginya. Tiada istilah lelaki solah di rumah. Amalan tahajjud,tilawah al-quran dan zikir merupakan amalan hariannya. Dan yang pasti bila berbicara terserlah ilmu agama yang dimilikinya. Lantas, Eja seharusnya bersyukur dengan Allah atas kurniaan ini. Cuma dia masih cuak dengan kerja dakwah ini. Perluke buat kerja ni di zaman moden dan teknologi seperti sekarang ni. Kenapa tak dakwah guna radio ke, buku ke, tv ke, Internet ke, macam ustaz atau penceramah  agama buat sekarang ni. Arghh..Eja terkeliru..bingung..sememangnya dia terlalu baru untuk memahami susur galur perjuangan dakwah tabligh ni.

                               ********************************


Suatu malam  Eja dan Badrul berbicara tentang usaha dakwah dan tabligh ni.

“Sayang,apa yang sayang tahu pasal jemaah tabligh ni?” tanya Badrul pada isteri tercinta sambil membelai ubun-ubun isterinya.
“Entahla bang. Yang Eja tahu,orang kata tabligh ni suka tinggal anak bini berbulan-bulan. Tak bagi nafkah zahir batin kat keluarga.” Jawab Eja jujur.
Badrul tergelak mendengar jawapan isterinya. Itulah manusia menilai sesuatu dari luar tanpa mahu memahami isi dalamnya.
“Eja sayang,cuba Eja fikir,orang tabligh je ker yang tinggal anak bini. Habis tu,orang zaman sekarang ni, yang pergi kursus, outstation, pastu ada yang kerja kat pelantar minyak,sebulan di laut sebulan di darat, ada pula yang suami sambung belajar bertahun di luar negara, cam tu tak pe pulak, takde pun orang nak pertikaikan. Cuba Eja renung firman dalam al-quran yang mafhumNya: 
"Katakanlah: jika bapa-bapamu,anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takut kerugiannya, serta tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah, rasulNya, dan jihad di jalan Allah maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya,.." (At-taubah:24)
"Erm,betul juga kata abang.entahlah, Eja pun tak tahula bang. Eja sendiri pun baru nak belajar mengenali dakwah tablligh ni.”
“Sebenarnya uasaha dakwah ni kerja nabi, Ejakan tahu macammana nabi, baginda adalah kekasih Allah. Sanggup bersusah payah nak dakwahkan kalimah tauhid ni,kena ejek, kena baling batu sampai berdarah,kena lempar dengan najis,jumpa orang rumah ke rumah,lorong ke lorong,semata-mata nak ajak manusia kembali kepada Allah,supaya dapat hakikat Lailahaillallah, tidak menyembah makhluk tapi menyembah Allah yang Esa. Kita ni umat akhir zaman. Allah jadikan kita sebaik-baik umat,kan dalam al-quran ada kata:
            “Kamu sebaik2 umat, yang telah dilahirkan bagi faedah manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah” (Ali-imran:110)…”
 Usaha yang kita lakukan sekarang ni hanya 10% sahaja berbanding usaha sahabat sahabiyah dahulu, mereka sanggup korban diri, harta, anak bini, semata-mata nak syahid di jalan Allah, semata-mata nak tengok kalimah Allah tertegak di atas muka bumi ini. Sebab tu mereka ni di dunia lagi Allah taala telah redha pada mereka dan menjanjikan syurga utk mereka. Lagipun sayang, abang tinggal Eja ni bukan kat padang pasir seperti Siti Hajar dan Ismail yang di tinggalkan Ibrahim. Mereka lagilah, kena tinggal tanpa sekarang asbab untuk mereka hidup,takde rumah,makanan dan tempat tinggal,tiada jiran-jiran,tapi sebab redha dengan perintah Allah dan sebab dakwah, Nabi Ibrahim rela melakukannya. Eja ni abang tinggal, duduk dalam rumah yang selesa,cukup peralatan rumahnya,keperluan dah abang sediakan…takkan camtu pun tak sanggup lagi. Habis..Eja nak abang berkepit duduk bawah ketiak Eja 24 jam. Camtuh?”Badrul sengaja mengenakan isterinya sambil mencubit hujung hidung isterinya yang mancung itu.
“Bukanla sampai macamtu bang. Cuma Eja cemburu, orang lain, bila suami balik kerja, ada kat umah sampai malam,pastu bleh main ngan anak-anaknya,sembahyang pun kat rumah berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Aada masa bermesra ngan keluarga. Tapi abang,balik kerja rehat sebentar,pastu pukul enam lebih dah nak kena pergi ghastla,mesyuaratla,malam markazla..kalu hari Isnin hingga Khamis memang tak merasa abang ada waktu petang. Balik pun lewat malam.”Eja menerangkan situasi yang sedang dilalui ini.
“Itulah namanya lima amal masjid. Yang kita kena keluar 3hari,40hari,4 bulan tu, untuk kita belajar buat kerja nabi,untuk wujudkan suasana iman dan amal dalam berdakwah,dan bila balik,Medan perjuangan kita adalah dengan menghidupkan lima amal masjid ni. Fikir harian atau mesyuarat harian, pastu khususi orang tertentu kena bagi masa dua jam setengah,pastu buat taklem di rumah dan masjid,kena ziarah kat kampung sendiri dan kampung jiran dan setiap bulan keluar 3 hari dengan membawa jemaah yang baru. Lima amal masjid ni merupakan amalan masjid Nabawi, yang mana sahabat buat untuk dakwahkan Islam. Sebab tu sekarang ni,kita nak belajar bagi masa untuk agama,dunia dan akhirat kena seimbang. Duniakan jambatan untuk akhirat..cuba kita tengok jambatan.mana ada orang bina rumah ke,istana ke kat atas jambatan. Orang nak memancing atas jambatan pun di larang tau.” Terang Badrul panjang lebar sambil melirik mata pada isterinya.
“ Takpelah bang. Eja cuba belajar memahami kerja dakwah dan tabligh ni. Walaupun sukar tapi Eja akan berusaha untuk mengatasinya”
“Camtulah isteri abang yang cantik jelita ni. Nanti abang bawa Eja jumpa ahlia karkun kat kampung ni. Hah,ahlia cikgu Abas tu,dia dah banyak pengalaman keluar masturat tau. Blehla Eja belajar daripada ahlianya.dan lagi Eja bleh berkenalan dengan ahlia karkun bila pergi taklem mingguan masturat nanti. Jangan lupa beri tasykil untuk keluar masturat 3 hari,yerk!” Eja tersenyum  memandang suaminya.
“InsyaAllah bang” jawab Eja.

                          *************************************


Eja tersedar dari lamunannya. Dia mengesat airmatanya yang mengalir di pipi. Sesungguhnya dia hanya manusia biasa yang lemah untuk menghadapi mehnah ini,mungkin dia terlalu berharap Badrul menjadi hak milik mutlaknya. Tetapi dia lupa,bahawa manusia ini adalah pinjaman sebagaimana firman Allah:
        “ Sesungguhnya Allah telah membeli pada  orang mukmin itu dirinya dan hartanya dengan memberikan  syurga untuk mereka” (At-Taubah:111)



Dia harus kuat dan sabar. Dunia ini hanya pinjaman dan akhirat juga yang kekal abadi. Kalau di dunia ini ada pangkat,harta,darjat tapi tidak mengamalkan agama dalam kehidupan,sudah tentu semuanya sia-sia sahaja.
“Yeah,aku harus kuat,kuat untuk memperoleh keredhaan Allah. Biarkan manusia yang tidak faham dan tidak mahu mengerti usaha dakwah dan tabligh ini. Tapi aku akan sentiasa berdoa semoga Allah istiqomah dan kekalkan aku,suami dan generasiku hingga hari akhirat dalam usaha ini, dan semoga Allah bagi kefahaman pada mereka yang memandang serong,membenci atau menghina kerja ini. Ameen” bisik hati Eja.


TAMAT









Dipetik:
http://karkunahmithali.blogspot.com/2009/06/cerpen-suamiku-orang-tabligh.html

Gambar:
Pak cik Google

Sebagai renungan kita bersama
-THfilem

Tuesday 18 September 2012

Video ke-20 - intro to Bro Lim

Alhamdulilah
Dah siap! :)



Video ke-20 : 
 - Uniknya video pada kali ni, saya tampilkan seorang penceramah bebas islam yang berbangsa cina, bernama Lim Jooi Soon atau lebih dikenali dengan nama glamour, Bro Lim.



Sedikit info mengenali Bro Lim
Bro Lim ialah seorang muslim yang hebat dan luas ilmu agama islam nya jika dibandingkan dengan sesetengah golongan Melayu kita ini yang kebanyakkannya masih hidup kejahilan dalam bab ilmu agama islam. Nauzubillah.

Bro Lim giat dengan aktiviti dakwah - "Interactive Dakwah Training" - dan dia adalah seorang pengkaji dan pakar dalam bidang berkaitan topik "Pandangan Negatif Non Muslim terhadap Islam". 

Jika ada yang bertanya, Bro Lim sememangnnya mengekalkan nama penuhnya dalam bahasa ibundanya – Cina. 
#Saya sarankan anda boleh kaji dan mendalami sendiri, kenapa dan mengapa Bro Lim mengekalkan nama Cina-nya. :) 

"Dari segi dakwah pula, jika mereka mengekalkan nama dalam bahasa Cina, tanggapan masyarakat bukan Islam bahawa memeluk agama Islam itu bermakna ‘masuk’ Melayu dapat dihakis sekali gus menunjukkan Islam adalah agama universal," katanya.



"Sessungguhnya, Islam bukan untuk Melayu"

Diharap video kali ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan islam (terutama) bangsa Melayu yang lazimnya sesetengah dari kita, suka menghina 'bangsa' orang lain dan kadang-kadang terlepas kata2 umpama 'menghina' Agama orang lain, padahal benda ini diTegah sama sekali seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.



"Sebagai umat islam yang sejati, sentiasalah bersangka baik. :) 
Walaupun sejahat mana orang dengan kita, tunjukkanlah perwatakan seorang islam yang terbaik, contohilah sifat dan cara Rasulullah saw. :)
InsyAllah, kita sama usaha perbetulkan pandangan serong orang bukan islam terhadap agama islam."

Pesanan untuk sahabat2 dan untuk peringatan kepada diri ku sendiri juga~  :)
-TH Filem

Thursday 13 September 2012

TH Filem & TH Filem Revisit


Sekarang TH Filem ada 2 channel rasmi di youtube.

Yes... finally... saya baru discover, nickname tuanhell dapat ditukar
tapi tidak pada URL...

URL untuk channel utama TH Filem adalah masih yang lama

dan channel kedua TH Filem (Revisit) adalah

*channel kedua adalah video yang sama cuma di-upload semula dengan theme yang sedikit berbeza dan segala kesalahan  di video asal akan di-sunting semula




Wednesday 12 September 2012

Musuh Islam hina Nabi Muhammad SAW

Astargfirllahalazim


Diatas merupakan video-video yang semakin tersebar di dalam Youtube dan menyebabkan kemarahan dan tentangan dari umat islam (termasuk TH filem! rasa marah sangat ni) kerana ia mempermainkan Nabi kita Rasulullah SAW.

Video ini juga telah diharamkan di beberapa buah negara islam, termasuk kerajaan Afganistan yang telah terus menyekat akses laman web Youtube bagi negara meraka selagi video ini belum dibuang oleh pihak Youtube.

Dan semakin ramai orang yang dibunuh dan terbunuh kerana penghasilan video LAKNATULLAH ini; termasuklah Christopher Stevens (Duta Amerika Syarikat ke Libya)  yang telah dibunuh di Benghazi akibat ditembak dalam insiden rusuhan dari ribuan penduduk yang menentang filem yang  menghina Nabi Muhammad SAW ini.

Media Mesir mengatakan filem itu diterbitkan di Amerika Syarikat oleh kumpulan anti-Islam.

Filem tersebut, yang  kini terdapat di YouTube, menggambarkan Muhammad sebagai penipu, menunjukkan Muhammad melakukan hubungan seks dan menyeru untuk pembunuhan beramai-ramai.

Tetapi Masalahnya
Google & Youtube Lepas Tangan

"Community guidelines" (yang diciptakan oleh mereka) mereka memang melarang video-video yang berunsur menyerang atau merendahkan sebuah kelompok berdasarkan agama. 
Tetapi 
Google tetap membenarkan video ini untuk ditonton atas alasan "Memungkinkan masyarakat untuk mengeksperesikan pendapat yang berbeza"




Perhatian kepada umat islam!
Jadi Permintaan TH Filem kepada rakan-rakan dan sahabat yang membaca post ini...

Sila Flag semua video-video Laknatullah ini yang terdapat di Youtube. Kerana video ini semakin tersebar dan di-upload semula oleh anti-anti islam..

Dan wajib tentang habis-habisan dajjal yang bernama Sam Bacile (sumber mengatakan yang berasal dari California) dan tentang habis-habisan video yang menghina islam ini yang bertajuk - "Innocence of Muslim"

Saya tidak mahu share link dan video itu disini..
Video itu boleh didapati di Youtube dan semakin tersebar!!


ALLAHUAKBAR!!!
Berjuanglah!
Sebarkan berita ini umat islam!
-TH Filem







Tuesday 11 September 2012

Tengok video terbaru Youtube TH Filem hanya dari Facebook page

Youtube Application (click to play)

Yes!!
Sekarang sahabat2 boleh tengok video-video hasil TH Filem direct hanya 
di page Facebook TH Filem!

 diharap ini dapat mempermudahkan sahabat2 Likers and subsribers untuk stay tune video2 terbaru yang diupload.. insyAllah~
:)

Saturday 8 September 2012

3 video typography yang menarik


Seronok bila dapat tengok ramai yang berminat dan mula buat typography ni.. :)
Tahniah! 
Dibawah ini merupakan video typography (bukan hasil kerja TH Filem) yang di hasilkan oleh saudara seislam sepejuangan kita! :)

 Pejuang bertindak segera!
Selamat menonton dan berdakwah! :)

#video hasil karya user - Wira A Sakti

#video hasil karya user - Wira A Sakti
 

#video hasil karya user -

#Video 1 - RM27000 (revisit)

 

#Video 1 - revisit
20 December 2011 - tarikh video Pertama diupload kan di channel youtube 'tuanhell'.

Diiukutkan masa tu tak terfikir & memang tak disangka pun video tu merupakan titik permulaan kepada dakwah saya ini.

Pada mulanya saya saja nak testing editing guna Adobe After Effect dan ia merupakan video pertama saya guna untuk edit dengan menggunakan After Effect. Saya belajar pun dari  tengok video-video tutorial di youtube....  :)

Saya upload ke channel youtube 'tuanhell' ni sebab dulu, channel youtube ni memang saya pernah gunakan untuk upload2 video saya terdahulu... ada lebih kurang 20+ video sudah diupload di channel tu... kebanyakan video tu semua video 'pelawak' je, video syok sendiri, dan ianya sememangnya menunjukkan kejahilan semata-mata.... astargfirllahalazim... itulah manusia.. sessungguhnya manusia senang dikaburi dengan permainan dunia...



Alhamdulillah Allah swt memberi peluang, dan membuka mata saya... 
dan saya ingin berubah..
Lalu saya pun 'private' kan video2 lama di channel tuanhell tu...
dan buat seketika.. channel tu 'hilang' sekejap..
sehinggalah

Saya tergerak hati nak buat 1st video typography saya... time saya buat ni, masa tu mula 'jatuh' hati dengan ceramah2 di youtube, dan salah satu yang diminati masa tu ialah ceramah dari Ustaz Azhar Idrus... :)

Memang tidak dijangkakan!
Pada mulanya, memang terkejut bila tengok video ni cecah beribu dalam sehari dua...
Dan sebenar-benarnya..
diatas sambutan dan sokongan anda... 
saya meneruskan usaha untuk buat video seterusnya.. (walaupun time tu masih merangkak guna Adobe After Effects...) XD

Dan begitulah cerita ringkasnya.. 
Dan sehingga hari ini... 
Saya masih percaya..

Semua ini terjadi adalah kerana Allah... 
atas keredhaan Allah swt
keatas hambanya yang lemah ini
dan hidup dalam kejahilan sepanjang 24 tahun umur hidupnya..

Alhamdulilah
Semua ini adalah kerana mu Allah
Semua ini milikmu Allah